Kumbang & Bunga

Oct 10, 2011

- -final report lebih 30 page??? (*_*)- -

Salam

nak buat report...nak buat reportttttt......
tapi pendrive tertinggal dekat pc kat office!!!!!!

nice Alieya...Goodjob...gggrrrrr.....

Oct 3, 2011

- -1st entry in October, well done Alieya- -

Salam

dah lama tidak menulis...ini pun secara tak sengaja dek kerana bosan bebenau di office..
okey, tengah fikir nak tulis apa sebenarnya, padahal macam-macam benda nak cerita..
tengoklah entry bulan lepas, semuanya merapu...nak tutup bolg???? oh no....tak sanggup den...sayang weyh....dah dua tahun bela... :p

okey, pick up random saje.. :
  • ramai kawan tanya, lieya sekarang buat ape??? lieya tengah practical kat RHB Islamic bukit bintang(lagi 2minggu jer)...memang belajar dah habis, lepas practical terus leh cari kerja..tapi fikir2 cam nak rehat dulu kat umah..so guys, im not working yet..lepas 2minggu, saya pengganggur tak rasmi..hehe

  • konvo punya cerita,,, hurmmm tahun depan baru konvo..sebab apa, sebab UUM yg terSAYANG tu buat konvo setahun sekali!!!

  • lately ni, selalu rasa nak cuba-cuba pakai tudung...tapi mungkin sebab setan kat sebelah ni setan kaw2 punya, terus rasa kene hasut bagi alasan nantilah dulu...hurmmm...minta-minta DIA memberi hidayah padaku...amin.

  • rasa nak melancong...ceh wahhh, melancong! duit dalam pocket tu ada isi ker cik lieya oi....angan-angan dan planning tu penting k..jadi tak jadi, belakang kira.. (@_@)

  • alhamdulillah, permintaan VCO ni walaupun tak banyak, tapi ada la jugak...tak nampak lagi untung riban-riban, ratus-ratus pun jenuh jugak tunggu...takpe, rezeki ada dimana-mana...so, siapa nak order VCO dengan lieya, bolehla call or mesej 013-3396461...cod, area GOMBAK sahaja..promote jap..hehehe
k laa..nak sambung kerja...
thankQ kalo ada yang sudi baca entry kosong lieya.. :)

Sep 14, 2011

- -hurmmm- -

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



sayangnya nak tinggalkan belog ni

 .
.
.

Aug 30, 2011

- -ucapan raya + Merdeka- -

Salam

1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blogger..
Semoga kita bertemu lagi  di Ramadhan dan Syawal akan datang..

taklupa juga, Selamat Menyambut hari MERDEKA buat Malaysia tercinta.. :)


salam sayang,
Alieyaorange

Aug 14, 2011

- -world badminton championship- -

Salam

match lin dan vs lee chong wei baru jer habis...
Malaysia tewas set ke3...tapi, puas hati jugakla...sebab Lee Chong Wei main bagus..
tak macam Lin Dan..berlagak bebenau...

suka pulak tengok gambar ni


______________________________________________________________

Ramadhan Day 14...

berbuka bersama di Ice Room prima sri gombak...

thankz kempam

Aug 11, 2011

- -office- -

Salam

hehee...yer memang lieya kat office ni...
ni pun main curi-curi jer...
itupun berani sebab bos pergi meeting...:p

kalau bos ada, jangan harap la lieya nak update..
itu memang dasar berani mati..

aippp, lieya bukan curi tulang yer..cuma line talifon tak boleh guna dari pagi lagi..kerja semua tergendala.
haaa, jgn cakap lieya curi tulang!!! ggrrr...

so, guys out there, kerja la betul-betul..jgn curi tulang yer..kerja ini satu ibadah...
kita nak cari gaji yang halal... :)

*elehh cik lieya kita, cakap senang jer...cuba nnt dah lama kerja???*

huhuhu...hopefully janganlah...

notakaki: cantik tak blog lieya..hehee...ni lieya upah kawan lieya minta tolong dia...yerlah...layout dulu kan serabut jer...thankz mimi.. :D

Aug 6, 2011

- -sempat juga

Salam

akhirnya, dapat jugak lieya berblog di pagi sabtu nih...
oh yer, kepada semua umat islam, selamat menunaikan ibadah puasa yer... :)
*baru sempat nak wish haaa*


susah nak on9 lately ni...nak jenguk blog kengkawan pun masa agak terhad...
lieya start 20hb JUN 2011, lieya dah mula practikal dekat RHB ISLAMIC bukit bintang...
alaaa, kat menara yayasan tun razak (MYTR) tuuu...:)
itulah, kalao tgk last entry, omakaihhhh, bukan main lama lagi tak update...

kepada orang-orang yg bekerja diluar sana, tetapi masih sempat berblog, memang lieya tabik..
ur manage ur time very well...Lieya????
kepenatan laaa...kojer manyak oooo...
especially hujung bulan..



tepek gambar syok sendiri dulu yerk!!! :p
ini tingkat 11 utk receptionist yer...office lieya tingkat 12... 

driver disebelah, tak lain tak bukan..aiman le...dia hantar pun bersebab..

okey, kat MYTR, lieya kerja department asset quality...
im being a debt collector for dot2*rahsia weyh*...like ah long punya keleja...heheee

so, mmg berdepan dgn macam2 jenis customer owhhh...
status mereka??, dari pelbagai golongan...
siapakah mereka?? itu adalah maklumat tersulit...

as a banker, kita tidak boleh sewenang2nya bgtahu apa2 sekalipun kepada org luar, wpun mereka itu suami isteri....contoh, if acount adalah atas nama suami, tp call suami tak dapat, kita nak call isteri ni, just boleh mintak contact no jer...
ko tak boleh cakap, cam gini, "suami puan tak bayar tutttt 2bulan bla bla bla"...

tak boleh wooo...kita hanya boleh ckp tertentu saje...
and of corse, bukan kerja call org jer, ada jugak lain2 dan banyak lagi.. :)

haaa, babnyak pulak benda nak merepek...huhuuhu...
takmau entry panjang lebau lagi, lieya stop disini....

blogger frenz, insyaAllah, lieya akan jenguk korang..hehehee

Jun 13, 2011

- -rasa- -

Salam

bercinta??? mestilah ada pasang surutnya
mula-mula bercinta, mesej tu perghh jangan cakapla...
seminit dapat dua mesej...bila dah lama, hahaaa, memang tak la kan..
eh jap, lieya bukan ada masalah dengan mesej pun..

lately ni rasa lain sikit...hati oh hati...
teringinnya kalau dia dapat tahu fikiran hati kita macam mana
macam telepathy dalam x-men first class tu..
tapi...
arghhh, kang TERnampak ngan jejaka-jejaka gantang, kantoi pulak..hahahaa

teringinya kalau dia bla bla bla.. :p

tak payah nak jiwang sangat la cik lieya oiii...

blog is too open..
tak sesuai gituuuuuuu...

Jun 8, 2011

- -jenguk- -

Salam

lama lieya tak berblog....
mood blogging hilang tiba-tiba :(



May 19, 2011

- -anak tekak demand- -

Salam

exam tamat, tapi perjuangan masih belum selesai...

itulah yg lieya rasakan sekarang ni..result dapat bila eik..tak sanggup tunggu lama-lama...
semput nafas den...sem akhir ni, ada 3paper killer macam orang gila..
lieya pulak, mood nak study tu lambat nau muncul...sem akhir ni lah paling malas lieya rasa..
mmg padan dengan muka kau sendiri lieya!!! dush dush DUSH...

takmau repeat..minta-minta semua lepas...
Ya Allah, permudahkan lah urusan ku ini..amin...

inilah rupaku bila pakai shawl..
rupa bulat, mmg tak sesuai pakai shawl without anak tudung tu.. :)


dan ini pulak senarai makanan yang telah di listed by me
(anak tekak ni mmg dah diajar begini dari sem 1 lagi)

  • tako tao octopus
  • soul garden atau steam boat buffet kat danau platinum (either 1)
  • McDonald of corse
  • char keuy teow Mali's Corner
  • meetball ikea
  • Macaroon cikmin
  • roti canai n meehun soto restoran nur
  • capati kat hamid gombak
  • sizzling yee mee JJ wangsa maju
  • lasagna masak sendiri
  • keow teow kungfu masak sendiri
  • setakat ini dulu dalam senarai..sikit jer kan kan KAN?? :p


dan ini pulak senarai kek yang lieya nak buat 
(depends on budget jugak)

  • Boston cream pie cupcake
  • sneakers oreo cheese cake
  • kek belacan (tak letak belacan pun)
  • kek emak (resipi tukmi) 
  • red velvet 
heheee...makan saje kan...bak kata ibu, patut balik senaraikan apa yg patut dibuat kat umah tu...
bab2 kemas mengemas, fuhh, belum kemas tapi dah penat memikirkannya...
bukan apa, nak usung semua barang2 3tahun balik umah, tensi2...
kat mana nak letak barang banyak2 ni....

k laa...nak terjah belog kengkawan yg lain...babye

May 14, 2011

- -pendapat & pandangan- -

Salam


situasi 1 - korang untung, dapat pulangan yg tinggi, sbb kebaikkan semua kat korang,  tapi orang lain, terkial2 tersemput2 nak tahan tekak nak hidup..(ada korang compare mana mahal mana murah??? )


situasi 2 - dua2 sama..mmg korang rugi sikit sbb yg lain dapat kelebihan sikit..tapi cuba kira pulangan bersama?? kalo korang jenis berkira, kira betul2 utk semua, bukan utk korang jer.. 


ini mmg dasar kes mengungkit, tapi korang yg menjungkit2.. 


jangan la pentingkan diri sendiri....tengok keadaan orang lain sama...
mana talian hubungan atas nama kawan, kalau ada persaan pentingkan diri sendiri..mungkin korang terperasan agaknya..
kalau korang nak compare2, korang compare semuanya..jangan tengok sebelah pihak jer


ni orang luar pun boleh nampak, siapa yg bersungguh-sungguh berusaha, mereka dah habis fikir dah...dah cube yg terdaya...faham tak terdaya??? dah habis fikir dah situasi semua orang...semua nak yang terbaik untuk semua


harap mengerti..bincanglah baik-baik..


minta maaf, memang tak tahan..terpaksa diluahkan.
sayang la kawan-kawan korang tu k...jangan ada sifat tak puas hati dibelakang.
kita dah besar, bincanglah cara baik...bincang dan terang apa pendapat korang, dan apa yg korang nak...please berbincang n please consider..


esok ada exam SM,sekian.



May 8, 2011

- -tragedi di dewan exam- -

Salam


hari ini dalam sejarah, lieya menangis dalam dewan exam...
yerrr, menyesal sangat......
tapi, apakan daya, cakap lah apa pun, menyesal macam mana pun,
semua tu dah tak berguna lagi :(

masa tidak boleh diundur...
doraemon hanyalah kartun yang tidak akan wujud dgn nyata.
paper Seminar in Finance tadi, betul-betul buat lieya down..

takdalah menangis teresak-esak, cuma air mata meleleh mcm dlm gambar ihsan dari mr.google


2 more paper to survive...suppose i should happy right now because for the first time i had a long gap..
but, my mood was totally banggggggg..so down...i need time to bear this feeling..
hate myself...

ibu ayah, forgive me...
insyaAllah, lagi dua paper, kakak akan buat sedaya yg mampu..
pray for me...

alieyaorange

May 3, 2011

- -VCO catalyst & COD area Gombak- -

Salam (sticky mode entry, please scroll down to the new entry)


Rasa nya semua blogger dah tahu tentang VCO ni kan....cuma orang-orang yang tak berapa nak involve dalam dunia blogging saje agak kurang kenal dengan VCO ni..

okey, lieya tak teror bab-bab marketing ni...tapi lieya cuma nak bagi tahu, lieya dah jadi agent untuk VCO ni weeee~~~
ni nak buat promosi sikit, memandangkan stok sudah ada di rumah..

sedikit info tentang VCO

marilah sama-sama cantik dan sihat :)
benda elok, kita kongsi ramai-ramai


VCO Capsule
RM39.90
VCO Liquid
RM39.90

KHASIAT VCO

Mengurangkan kadar kolestrol
-ia sendiri tidak mengandungi kolestrol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi
minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi.

Mengawal kencing manis
-pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
-anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
-mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.

Tubuh lebih tahan serangan penyakit
-kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protoza.

Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
-ia mempercepatkan pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
-sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan manusia.

Terhindar dari gejala alahan
-minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

Mengelakkan risiko sakit kanser
-minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisna pathogen. Dengan itu, sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisna pathogen.

Keadaan berdengkur akan hilang
-kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.


VCO sangat disyorkan untuk mereka yang mengalami:
  • masalah kulit muka : kering, berjerawat, parut, merekah, ruam dan kusam
  • selera makan terlalu tinggi atau terlalu rendah
  • kadar kolestrol yang tinggi
  • masalah kencing manis
  • cepat letih dan tiada tenaga 


nak tahu lebih lanjut pasal VCO, korang boleh tengok link-link yg lieya sediakan kat bawah ni:

Untuk siapa-siapa yg berminat, boleh email kat lieya
alieya_orange@yahoo.com
013-3396461

COD diterima 
- di mana-mana area Gombak
- Sri Gombak & Angkasa Koperasi, Petaling Jaya (untuk hari-hari tertentu shj)

bagi postage
1 kotak postage RM 3 shj..
2-3 kotak postage RM 5 shj.. 



________________________________________________________________________

perubahan lieya & zeila lepas makan VCO lepas 2bulan

sekarang ni, zeila dah tambah selera makan, makan semua memanjang habis...dia takmau kurus sangat-sangat & lieya mestilah selera makan berkurang..makan ni, perut boleh jadi kenyang...(tak tipu)..kulit muka pun tak kering macam dulu lagi...

and yes, bagi sesiapa yang diet, lieya mmg syorkan amik vco, sbb dia tahan lapar dan bagi tenaga...
lieya juga tengah buat diet sambilan..hehehee..maklumlah tengah study..nak diet susah sikit...keadaan tak menentu..

tapi, okey kot, sebab berat turun la jugak...tak banyak mana pun...2kg lepas 1bulan lebih kurangkan makan dan amik vco..bagus jugak tak turun mendadak, sebab tak elok untuk badan...so, bg siapa-siapa yang diet, korang disyorkan amik supplement & lieya pilih VCO...

hahahaa, lieya still gemuk, tapi tengok baju pink dah longgar...woot2..
clap3.. peace YO (^_^)

May 1, 2011

- -GirlFriends momento- -

Salam

rasanya lieya takkan update belog lagi dah....hehee...tapi sampai habis exam je la....lagi seminggu nak exam....tapi, masih sempat balik rumah...well, lieya nak salam peluk cium ibu dulu...need her spirit...lagipun, rindu semua orang disana..:p

checkidout my exam date...

7 Mei 8.30 pm - BM Translation
8 Mei 9.00 am - Seminar Finance
14 Mei 2.30 pm - Strategic Management
18 Mei 9.00 am - Financial Risk Management

scary la..although only 4 papers, but they are the killers paper ever i had except BM Translation.
wish all the best and GOOD LUCK to all my friends 



actually, tak sampai 20 hari lagi life lieya di UUM :(

kat bawah ni, kawan-kawan lieya yang banyak bantu lieya selama ni..love them

untuk geng bintang jejari, 
thank you for being my friends since aku masuk di bumi sintok.
korang, aku takkan lupakan korang..jangan lupakan aku yer...
hari-hari jumpa korang, konflik yang pernah kita ada, makan sama, kepochi bersama, bercuti bersama.
dengan korang la pertama kali aku pergi bercuti dengan kawan-kawan..
sweet moments yayunks..love all of u T-T

untuk geng satu lagi
saya mula rapat ngan kamu semua sem ini..korang memang happening, kelakarr 
zeila, my corsemate and my girlfriend, i love youuuu :D
dengan kamu la, sy hidup kat UUM ni berteman 
kita pergi kelas sama-sam hari-hari, jalan slow motion, teh ais lego, buat assignment, tido satu katil, pergi exam sama2, tapi kita belum sempat cuti bersama :( 


 kalau nak cerita semua benda yang kita dah buat bersama, tak habis la jawapnya.
susur galur kehidupan almost 3 years 


orang-orang yang ada dalam gambar kat atas ni, kahwin wajip jemput..
if aku takde, korang takleh buat kenduri :))

kin- room8, jgn garang sgt & jgn salah pilih lelaki, jgn tibe2 menjerit, nnt orang kene heart attack :p
bella- jgn terlampau sensitif k, ko kene kuat lawan emosi, jgn tension sgt bila dah kerja nnt sakit
ejah- jgn gedik-gedik over yerk:p jgn hati kering sgt, ko kene belajar gak camne nak bercinta
ika- jgn terlampau percaya org, jaga diri.. im worried about u, dunia di luar, we cant expect anything

zeila- jgn silap langkah..mula fikir tentang masa depan wpun kita tak tahu, tapi kita kene rancang. suara kuat sikit, bagi gemuk sikit lagi..
 jijah- jgn tarik muka lagi, ko tak garang punnn teruskan kestabilan emosi hehee
aizun- jgn ckp kuat-kuat sgt tau.. jgn selalu dgr music kuat2, nnt telinga boleh rosak :)
mas- jgn apa eik?? jgn minum air gas selalu..(^_^)

korang, aku doakan semoga semua bahagia
yang mana badan comel lote, kurus tak penting, tapi jaga kesihatan yer kengkawan
yg dah kurus, maintain k
yang kurus sgt, naikkan berat sikit if boleh, mesti body cun gileeee 

lastly,
 maafkan aku semua salah silap yang aku pernah buat kat korang
terkasar bahasa, terlepas cakap, mengata, bergosip, terasa hati, semualah,
susun 10jari minta maaf kat semua
halalkan makan minum, hutang sila tuntut kat saya okeyh

khas untuk kengkawan
ikhlas dari,
lieya, hantu TEH AIS


aku rasa, aku yg pergi dulu tinggalkan kolej Petronas

Apr 28, 2011

- -Kempen Derma Darah- -

Salam

Korang-korang-korang.......lieya nak tanye ni...
siapa pernah derma darah??? sila angkat tangan macam sayeeee (penangan Usop Wilcha, yg wife nye tersangat la cantikkkk)

siapa yang pernah derma, please proud to be urself...
because I do... :)
even though for the first time yang memang takde niat untuk menderma langsung..
takut seyhh, gila ke tak takut...jarum panjang macam jari kelingking..errrr scary haa??

hari itu, kolej lieya ada buat kempen derma darah ni...
niat lieya n zeila hanya nak meneman aizun n mas...
skali datang-datang, tengok orang ramai isi borang...
whatttt?? badan kurus kecik nau, tapi kenapa dorang berani niiii...badan tuan blog macam pelampung, tapi awat ketaq sangat... pikir-pikir balik, bila lagi nak merasa dan mencuba...

dah la last semester, mesti susah nak jumpa kempen-kmpen macam ni lagi..
so, adengan memeikir tu agak lama...amik borang, pegang, telek, pandang eila, zeila pandang lieya balik...
end up, yes, we did it... clap clap CLAP...

masih tersenyum..time ni dah cornfirm nak derma, borang dah isi lengkap.. :D

senyum

senyum

senyum


tiba turn untuk menderma

jeng

jeng 

jeng

alahai muka... :p
actually, baru lepas nangis...

yes im crying...(^_^)


DARAH LIEYA AB, DARAH KORANG?? :)

1st time katanya, kasi can laaaaa...hehehee...sakit jugak masuk jarum..dah la nurse tak jumpa urat, Doctor kene turun padang semata-mata nak cari urat lieya (ehemmm. siapa nak kata i gemuk??? sekeh kang!!)

Doc ckp, ada orang lagi gemuk senang jer nampak urat..ni Doc pun pening cari urat lieya...memang tak nampak...memang susah nak nampak urat, Doc siap lukis2 lagi...hehehe
tips dari Doc, lepas ni rajin buat kerja umah, angkat berat-berat sikit..huhuuu
*kantoi pemalas buat kerja umah, erkkk :p*


kisah zeila menderma lagi dahsyat...sila view di sini
tengoklah orang baju hitam tu, dah lepas turn dia, tu yang over semacam
senyum yang konon-konon cool tak menangis, padahallll..

berlaku kes darah terpancut tumpah atas tilam..
ngeri kut..zeila pun nangis jugak..lagi teruk dari lieya :D
badan kecik, tapi darah banyak.. :)

why we should proud ??
lepas kita dapat buku kecik wana merah, inilah sijil kita untuk rekod bila kita derma darah...
bangga la, kita dah menyelamatkan orang-orang yang memerlukan darah..

nurse cakap, dorang tahu macam mana susahnya nak dapatkan bekalan darah..
jadi kita yang sihat walafiat ni, try laa...at least niat kita baik nak tolong orang yang memerlukan

dapat merasa sakit time jarum masuk kat tangan tu, kenangan whoaaa...
nangis panggil ibu...heheee


khidmat masyarakat : setitik darah anda mampu menyelamatkan nyawa

Apr 23, 2011

- -kesan negatif student macam ni- -

Salam

okey, sekarang ni, ramai student yg tengah cuti n exam...
untuk yang sedang bercuti, duduklah rumah dengan senang lenang (jelesssssnyerrr)
untuk yang sedang exam, Good Luck uolls (serius jealous sgt2)

sebab apa lieya jealous sangat-sangat??

sebab lieya lagi seminggu kuliah, lebih tepat lagi 4hari untuk kuliah, tapiiiiiiii masih.ada

  • assignment 2lagi, 
  • presentation 2 lagi, 
  • quiz ada lagi 2...

mana tak jealous dengan korang-korang semua.....yang tengah exam tu, semua lagi beberapa hari lagi nak habis...uhukuhuk...
yang duduk umah, duduk laa....takmau pikir, nanti sakit hati...T-T

ini la kesan negatif student macam lieya ni, selalu sangat buat last minit.
puas dah mulut ni berazam awal-awal sem, tapi tanam boraih yooo... :p


ini lieya yang sekarang...kurus ker????? 
kahkahKAH.....sila jangan perasan yer lieya...
ish3..gambar ni suka menipu 
setakat turun 2kilo, toksah berlagak
yes, still gemuk lagi :P


thankz VCO, for reduce my 2kg.. :D

notakaki: bila free, lieya blogwalking kengkawan punya blog :)

Apr 18, 2011

- -ayat BM ku mmg tunggang terbalik- -

Salam


kalau tak dihulur, mcm mana nak disambut??
kalau tak diketuk, mcm mana nak berdetik??
hati oh hati (^_^)

kadang2 masalah hati ni, tak pernah habis..
kejap-kejap rindu..
kejap-kejap jealous..
kejap-kejap sayang..
kejap-kejap boring..
(berapa banyak kejap daaaa)

korang rasa lelaki boleh kawan rapat ngan perempuan ker??
entahlah...berdasarkan pengalaman lieya, kawan-kawan rapaaatttt, jadi lepat..
ini yang kita taknak ni...apa-apa pun percaya itu penting...

wahai lelaki, tolong baca entry ini...dia punya pendapat, sama mcm lieya..
Jangan bagi harapan kalau sendiri tidak pasti..
kesian orang tu nnt ternanti-nanti...

so, duhai incikDriver, please, i trust u...but no need to over2 with ur girlfriend (sorry H, wpun kita kenal each other, tapi hati ni tetap la ada sipi2 kejelesan tu, & happy  being ur friend too)..
kira baik la ni bagi kawan, (takde hak nak larang dia kawan dengan siapa)

bg lieya, senang...

kalau tak dihulur, mcm mana nak disambut??
kalau tak diketuk, mcm mana nak berdetik??

korang baca tau entry ni...benda ni semua pernah jadi kat perempuan...jangan tipu..mesti ada...
melainkan, kau hot, kau tak kisah....
kalo hot betul2 takpe, kalo setakat budget hot, meluatttttt laa...
awak tu hot dalam picture jer...kahkahkah(gelak syaiton) :p

incikDriver, kawanlah rapat mana pun, asalkan masing2 tahu keadaan masing2..
H, thankz help me a lot...nnt kita jumpa lagi k...im trust u also... :)

incikDriver n H, bukan nama sebenar :p

Apr 13, 2011

- -no matter what..- -

Salam

hubungan kami kala ini... (^_^)


Bintang Jejari dah cukup sifatnya

sekarang ada Bunga Matahari pulak weeee~~~~

NO MATTER WHAT, EVEN WE FIGHT AND HAVE OUR STUPID DISAGREEMENTS ON THINGS, WE WILL BE STILL 5 OF US 

:D



nampak tak kasut bowling?? haaa, yg tu lieya update kemudian sajor yerrr.. :)

Apr 8, 2011

- -counting day- -

Salam

fuuhhhhh....akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa
sempat juga lieya update...
almaklumlah, busy yang amat....
sabor je lah... :p

mac sudah berlalu, alhamdullilah...tapi, kene bergelut dengan april pulak..
urmmm, last semester la katakan...busy bebenor..huhu
sbut pasal last sem di UUM tercinta
counting day...everyday looking to d calendar...

lieya rasa sedih pulak sebab tak sampai 7minngu je lagi nak hidup di bumi SINTOK.
after this, say babyeeee laaaaa..... T-T
banyak kenangan kot...ini semua pengalaman utk lieya
apa orang kata tu, renjau hidup kehidupan...
kenangan bersama kawan-kawan, student life, duduk kolej..


actually, lieya search la google picture tentang kengkawan nih..
skali terjumpa bintang jejari...then teringat, eh, lieya pun pernah buat mcm tu..
dan lieya tahu, mesti korang semua pernah buat ngan geng2 korang kan..

inilah picture lieya dan kawan-kawan
lebih dua tahun bersama
kenangan di genting yang tak dapat dilupakan
wpun hari tu kami sedih sebab tak dapat bermain outdoor, tapi indoor pun kami totap gumbira


yerlah..kawan-kawan lieya jarang pg genting, wah macamlah lieya selalu pergi..hikhikhik
jadinya dorang seronok melayan bumble car, mini roller coaster, marry go round rusa mcm2 lagi la
(heheheee, ini cerita akhir januari kot, lieya peram sampai pekasam :p)


tapiiii
sekarang bintang tadi macam dah tak cukup sifat, entah dimana silapnya :(
people changes
mungkin ingin berubah angin, mungkin


heheee, tibe2 emo pulak...macamlah nak tinggalkan UUM esok lusa...
padahal assignment due date tengah beratur cantik jer...
be strong lieya...
takmo sedih2..tapi bila pikir, tetap sedih.. T-T
room8, nnt mesti rindu kat hang..wpun hang garang..heheeee
coursemate nnt kamu belikan sy purse, tak dpt channel, coach pun jadilaaa...hahahaa


______________________________________________________________________________

meh nak promote, CENDOL JO PULUT
kat area2 antara jitra and changlun
siapa student UUM, pergilah try...cendol lain dari yang lain

takguna santan, tapi guna susu cair..
so, agak2la kalo dah guna susu cair lemak berkrim, haruslah RM3 ++

Cendol Jo Pulut
ada letak longan, kacang merah, jagung..lemaks enak nyum2



ada cucur udang makan dgn kuah kacang..ini utara uolls
non ado sos-sos thai ker, apa ker...makan dgn kuah kacang, heaven
yang bulat-bulat tu, cucur jagung..

arrghhh, tiba-tiba terliur...rindu nak makan situ..oh hooo




k laaa...nak sambung buat assignment
okey tipu!! :)

sebenarnya
tengok maharaja lawak kat uum channel 2
tQ UUM..heheeee

Mar 21, 2011

- -end of MARCH- -

TENSION

plus

SERABUT

=

muka kelat camni



Midexam..Assignment..Presentation..
tak sabar nak habis March ini...
hhuuuaaarrghhh

Mar 14, 2011

- -Nuffnang, Follower & Belog- -

Salam

kali ini, entry yang membawa maksud 3 makna...
yang macam lieya sebut kat tajuk dia atas tu lah.... :)


cuba korang tengok gambar atas nih??? ada nampak ape2 perubahan tak..

heheeee, sebenarnyer lieya nak tunjuk blogger templates lieya.... ceria takkkk???
suka owh..macam matching jer biru ngan orange...
kalau korang kata tak cantik,takper lahhhhhhhh(amarah ni)
janji empunya blog sukaaaaaaaaaaa hehee :D


pasal nuffnang, lieya nak ucap tQ so much...im waiting for 3digits
(i dun care if u want call me minah kecoh :p)

untuk follower alieyaorange, tQ so much...
follow la sebab anda suka, bukan sebab musabab yang lain..

peace no war
eh, tetibe jer !

(^_^)

Mar 10, 2011

- -again, RED VELVET Cuppies- -

Salam

again......still red velvet in d mood :)
entry lepas tentang macaroons...
entry kali ini, pasal cuppies pulak....

rasanya kek ni mula famous bila mak hanis start buat tempahan...
since dari situ lah lieya dengar pasal red velvet cake nih...
taktahulah pulak korang memang dah lama tahu pasal kek ni kan..

so, biar lah lieya nak kecoh pun, kecoh kat belog sendiri :p

RED VELVET CAKE 

resipi credit tu mak hanis :)
view dari atas

ni la cuppies red velvet cake saya...
sedap3

bukan kes angkat bakul sendiri yer..
tapi semua yang rasa, semua cakap sedapppp

terus semangat nak buat lagi..
side view

lieya letak biskut oreo (heaven)
topping cake tu, lieya guna cream cheese..
actually letak MASCARPONE...

tapi, hazab mencari mascarpone tu weyh...
giant ilek, tesco ilek, jaya jusco pun ilek...
tapi ada cek kat cold storage kat KLCC bawah tu, baru adooo..

takkan nak buat kek beli bahan kat KLCC... sengkek la lieya..
yer, harap maklum, bahan2 nak buat nih, memang syahduu sikit..
tapi memang puas hati..so tak rugi nak cuba...

paper bag dia dah BOCOR
sekali guna, sekali pakai...
lieya salah kut, letak banyak sangat, picit2 terus meletup..haha

nozzle with paper bag, lieya beli laaa..konon nak topping cream chesse tu...
tapi pakai pun tak guna sbb bentuk dia cair sendiri...maybe sebab takde mascarpone..
ntahlaa...tak kisah laaa, janji sedap...

nak cantik-cantik, still ngap masuk perut kan.. :)

model red velvet cuppies lieya
merangkap as a assistant

orang nak timbang, dia nak timbang
orang nak kacau, dia nak kacau..
sampai telur sebiji terpecah tak masuk dlm mangkuk,
tapi membazir atas meja, baru dia diam

itu pun 5minit tak sampai..
pastu dia kacau balikk

but, i love u dik...
nnt tolong akak buat kek lagi okeyh.. :)


p/s: ibu ada kata, birthday cake dia, dia nak red velvet..
so, lieya tengah kumpul duit nak beli loyang bulat :)
kenapa beli kalau anda boleh buat... ecea ceaaa...

Mar 8, 2011

- -Red velvet macaroon- -

Salam


kawan-kawan.....siapa peminat Red Velvet cake??
alaaa, kek baldu merah yg mak hanis ada bagi resipi tu....sedap owh, korang patut rasa jugak tahu...


ni sekarang lieya bukan nak cerita pasal cake sekarang nih...
tengok tajuk lieya kat atas tu.....


MACAROONS yerrr


ape kaitan macaroon ngan red velvet?????????
meh lieya bgtahu...siapa yg dah tahu, buat-buatlah tak tahu jugak...hehehe


Babycakes Macaroons
ni apesal watermark besar sangat nih..overlahhhh (^_^)



haaaa, korang tahu tak, korang boleh rasa macaroons ni yg ada perisa red velvet??
sedap owhhh lieya tak tipu....
adik lieya, aiman siap makan bahu terhenjut-henjut...hehee



merah tu red velvet
hitam tu, black sesame (kureng sikit)
caramel (heaven, nak lagiiiii)
daddy chocolate (nyummy 13x)




kat mana korang boleh dapatkan macaroons red velvet nih???
kat GT TOWER kat ampang sana...ala sebelah tabung haji yg besau gedabak tu....
kedai dia comel, kat ground floor...
ada juga peach, green tea, coconut

tapi family lieya tak bagi makan selalu la...
dah la mahal RM2.20-RM2.50 satu, besarnya mostly look like 50sen
lagi satu sebab manis like candy kan....
tapiiiiiiiii
red velvet tu, tak berapa manis, plus pes strawberry (i guess) masam2...
so manis-manis masam gituuuu

kalaulah boleh buat sendiri, lieya dah buat dah..tapi sgt remeh, leceh, banyak pantangnya, so malassss

p/s: ibu kata, red velvet cake lieya buat lagi sedappppppp :)

Mar 5, 2011

- -JGN KLIK- -

Salam




kita



















suka











&













rindu





















kamu















okey, rasa meroyan....





















dah kata jangan klik td

Mar 3, 2011

- -baju raya ?? puasa ganti??- -

Salam

yezzaaaaaaaaa, card reader lieya tengah gelong, so, nak update diari lieya utk february masih tertangguh...
so, belek2 kat edit posting, skali ternampak draft....

skali,

masyaAllah, entry bulan januari hokeyyyy...mari layan

hari tu, makngah ada datang KL, sebab nak tgk baby baru (haa, citer baby ni pun ada dlm list posting, jgn sampai baby dah tak rupa baby baru kamu nak post, sudah lah yer cik lieya oiii)

alang2 dah dtg KL, terus zasssss pergi jalan TAR... ibu n mmmakngah cadang nak beli tudung borong2 utk pakai diri sendiri...
beli borong, untung la sikit....

yg bertudung biru tu, makngah lieya, adik ibu lieya
banyakkan tudung dia....kedai kecik, tapi tudung banyak giloooo

dah sudah borong tudung, saje la jalan-jalan lagi kat kawasan-kawasan situ tuh...
skali kitorang terberhenti kat abg encem sorang nih...:D
dorang tak berhenti la, lieya jer terbehenti...hahaaa

dah namanye perempuan, haruslah takde namanya singgah kalau tak membeli...
shopping la kain pulak...
kain situ cantik2, macam kat gulatis la sangat kan...

mostly 4meter. RM50...
kat gulatis idak ler dapat harga cam gitu...
dia kata beli awal-awal untung, sbb nanti nak raya, dorang naikkan harga

so, takde istilah SALE time raya weyh....
dorang lagi pandai dari kita!!!
encem kan abg seller nih...dari bangladesh, nama dia lupa lah pulak...
haaa weyhhh, habis semua kitorang tanya..hehee
tapi lieya senyap jer, cover-cover la sikit kan...:p

ibu belikan lieya satu kain..maybe utk raya, tapi ntahlah, tak decide lagi
ni budak keboringan, sbb bukan tempat dia..
alih2 dia main calculator abangla ni  main kira-kira ngan lieya

lepas habis merayau-rayau kat situ, kami ke sogo, sbb parking disitu...

pakngah tukang pegang barang, tapi tak nampak barangnye, sbb kene lindung ngan makngah
:p
SOGO juga adalah sale...
jadi tanpa perlu buang masa, lieya pikir, ape benda nak dibeli...heheee

hampir berpulas otak nak beli apa, jadi lieya beli bantal utk bawa balik kolej

ehhh, apasal baju raya dah pikir, tapi ganti puasa tak pikir2 nih...
jadinya, mari kita ganti puasa yukkkk!!!

sekian, inilah cerita january lieya..lalalala~~~

Feb 23, 2011

- -suddenly- -

Salam

anyones know their future?? surely not right??
but we can plan..

and

the problem that i have is, suddenly  i want to do everything..
im not scared, but i dont know am i good enough??

so,

what can i said, i only can try..
try, try n just try....

experience is the learning process

lieya, gud luck!!!!

belajarlah dari sekarang, taknak belajar kahwin yer :p

Feb 22, 2011

- -kera sekeluarga melepak suka hati kat kolej- -

As Salam

ni amarah ni....

elloooooo kera-kera sekeluarga....!!!!! *^$#!%*
sesukahati jer pagi-pagi dah datang lepak kat kolej petronas nih..
korang dah tukar syif ke, selalu datang petang-petang, ini datang pagi-pagi...

apa kes nih???? kacau kitorang nak pg kelas tauuuuuuuu...
nak kene pusing-pusing guna jalan lain...

pic dr mr.google
suka hati dorang jer nak bertenggek kat tangga lah, atas bumbung lah..
kat jalan susur gajah tu, kitorang pulak nak kene berhenti bagi laluan kat korang
banyak cantik mmuka korang!!!!



tong sampah yg dicadang oleh pihak pejabat utk letak kat luar block, macam tak berapa nak tepat lahh...
lagi teruk beruk-beruk ni bawa gang dorang..

lieya rasa kat UUM jer ada kera-kera ni.. special kan???
U korang ada?? takde punya.. (~_^)

Feb 21, 2011

- -macam main masak-masak jerrrrr- -

As Salam

ngeee, dah banyak kali type nak tulis apa mula-mula nih, tapi hampeh jer..
asal tulis, padam, tulis padam...(ulang 12kali ada kot)ggrrrr

i dont know la why its hard for me, to write d first sentence..
peeps, u also got this kind of problem haa???

got the idea, but dont know how to write the first 1..


k laa..takmau pikir pasal atas tu dah...
ni lieya ada buat dessert yg resepi nyer dicilok drpd isteri yg muda lagi cantik, Nadia Bayu
thankz sis...nnt rajin2 la lagi letak resepi, leh cilok lg..teheee

COCO RICH PUDDING

some ingredients to make this dessert
okey, laici tu lieya guna dua tin, sbb pencinta laici kottt..

pudding yg pekat likat ;p
cantik tak???
coco yg begitu la sgt coco nyer sampai pahit tak terhingga
kikiKI

sebenarnye dessert ni sedap, tapi disebabkan 1st time mencuba, pastu, taknak kalah pulak tu, baca resipi sekali imbas jer , perasan dalam hati, (kacang giler nak buat nih)..

sekali amik ko...main letak jer serbuk koko tu sesuka hati...
lagi naik bau chocolate tu, lagi banyak lieya letak, sampai pekat!!!

maka, jadilah pudding coco lieya yang pahit giler2 sampai bila makan pun mimk muka tahan pahit tu memang kelakar habis....

inilah Coco Rich Pudding Lieya
sedap okeyh w/pun pahit...boleh kata habis jugak adik2 makan
tapi yg pasti, laici tu habis dulu sbb ada budak kecik hantu laici no1 kat umah
lieya no2.. :D
simple jer sedap pulak tuh...
boleh cuba lagi lepas ni, tanpa tengok resepi pun takper...OKEY! jgn buat camtuh lagi yer cik lieya oiii...

Feb 20, 2011

- -FACEblog- -

As Salam


lieya nak kongsi sikit tentang info yg lieya dapat dari syikin

korang pernah dengar tak FACEblog ???
comel jer kan nama tu....

tambah comel dengan warna ini...



.
.
.
boleh klik banner utk tahu lebih lanjut 


haaa...
inilah faceblog....
dia lebih kurang sama dengan facebook
tapi ni lagi best sebab semua yang join ada blog..
siapa takde blog, tak tahulah boleh join ker tak



sebab dia cute sgt, lieya letak lg banner ni..

__________________________________________________________________


lieya dah terpilih sebagai top 10 dalm FACEblog utk minggu ni

bestnyerrr, tak ku sangka-sangka
ceeewwwaahhhh!!!

bagi siapa-siapa nak join, boleh la klik sini

thankz kepada FACEblog :))


Feb 18, 2011

- -contest : segmen Senyum tak nampak GIGI- -

As Salam


hye all....
lieya telah di tag oleh zeila untuk join contest Senyum Tak Nampak GIGI oleh MUAZ


1st time singgah blog Muaz ni, comel jer dia punya belog...ada aiskrim, n gadis ni lebih manis senyum bergigi drpd xnampak gigi.. ini pendapat lieya lah..
(ehhh, ini bukan bodek ehh ini taktik, kikiKI)

okey, turn lieya pulak untuk tunjuk bakat senyum tak nampak gigi...payah uolls...habis lieya geledah file2 dalam lappy & handphone... nasib lah ada...

so, ini lah dia...
terasa manis dan sopan pulak yer bila senyum macam ni
ini kes sindrom perasan!!!


bila check2 gambar-gambar sekarang nih, kebanyakannya nampak gigi...mungkin la empunya diri rasa lebih gojes nak tunjuk gigi rabbit dua batang tu kot...heheee...(sebenarnya, senyum nampak gigi, pipi kurang sikit nampak tembam) :D

sepatutnyakan, gigi rabbit ni dah sama lane dengan gigi-gigi yang lain, sebab lieya pernah pakai braces time standard 3...bukan form3 yer...
tapi sebab time tu kebudak-budakan yang gatal nak cantikkan gigi tapi malas nak jaga, retainers lepas braces tu, rasanya lieya buat 4kali kut..last-last hilang, ayah dah taknak buat dah..

ate nyer, jadilah gigi cam lieya ni ha...gigi lain elok tersusun, gigi rabbit dua kat depan jer tak sempat nak berbaris cantik2 dgn gigi lain.

lagi gambar cubaan untuk jadi bibir seksi macam angelina jolie
maklumlah, i jeles bibir dia tebal, bibir i nipis je.
tapi tak main lah suntik2 ni (~_^)
Syarat-syarat contest

  1. just upload gambar korunk SENYUM tanpa GIGI
  2. buat satu ENTRY. (simple sudeh) n antar kat comment entry ini.
  3. HADIAH (rahsia!!) nanti MUAS bgtaw k,.=)  hadiah: klik sini
  4. tag 5 orang,.=)
  5. dateline 27.2.2011
tag kepada 
siapa berminat nak join, boleh la klik sini pulak.. :p