Kumbang & Bunga

Apr 17, 2012

- -hala tuju- -

Salam,


minggu ni penuh debaran betul..
setakat ni belum ada jawapan daripada mana-mana lagi..
hurmm..tengah tunggu mana hala tuju...
yang penting SEMANGAT !




sekarang ni bukan masanya untuk lieya rasa gagal n give up..
masih dalam peringkat memperbaiki diri..
gigih mengejar sesuatu.. :)


jom berusaha!! 


notakaki: i got new hair & it's short bebeh 

Apr 9, 2012

- -Kalaula tuk kat kampung layan blog ni- -

Salam

lama Lieya tak jengah sini...busy lor...
sabtu ahad penuh aktiviti menjadi supir & agen pelancong :p
sampai semalam pukul 11.45pm sampai umah...
jam teruukkk di Seremban..ppffftt..

Lieya balik Muar, umah tukmi n tukdi...
hurrmmm, macam biasalah ditanya soal kerja...
lieya dah cakap kontrak dah susah nak sambung..
tiba-tiba terus muka risau jer cucu dia tak dapat kerja...
jangan risau tuk, memang kakak tengah cari kerja la ni :))

tapi dalam pada tu...
sempat cakap orang tu nak tunang la kahwin laa..
siap cakap, cucu wak luu itu la ini la dah nak tunang
sampaikan lieya on call pun, tukmi siap cakap,
"takpayah cakap talipon selalu, simpan duit tu, boleh kahwin" hahahhaaa...
adoii! terbeliak mata ni bila dengar tukmi cakap macam tu..
teringin la tu tengok cucunya kahwin..hahahaa

rileks la tukmi..tukmi jugak yang cakap ada 10k baru pikir nak kahwin kan...
ini jangankan k, rat pun belum tentu ada dalam bank tu..
kikiKI...lagipun, lieya baru jer dapat pegang duit gaji sendiri..
seronok okey ada gaji ni...boleh berlanja sesuka hati..
sampai budget lari..hahahaha

lagi pulak, kerja tetap belum ada..nak pakai duit apa??
nak tunggu orang sponsor, i buka retis yooo
nak harapkan duit incik driver, dia baru jer mula kerja...
duit apalah yang ada sangat dalam bank dia..hahahaa (devil laugh)

kalau kahwin cepat, kita boleh terhindar daripada maksiat.
yes im agreed with it..takda perempuan yang nak kahwin lambat-lambat..
semua nak cepat..lieya pun nak kahwin cepat..
*hoihh gelojoh, ;p*

tapi tengok keadaan la...memang kahwin tu mudah dalam Islam..
tapi tanggungjawab tu penting..
tanggungjawab tu termasukla keadaan seseorang
nasib la perempuan, senang sikit kan..
tapi siapa kata????
zaman sekarang ni, kalau nak harap duit lelaki yoo, memang pokai la!
unless ur patner anak orang kayo asli sejak azali..
so selagi kita ingat Yang Maha Esa, insyaAllah minta dijauhkan :)

cuba mana-mana lelaki tanya girlfriend korang..
takkan takde keinginan korang nak buat wed korang macam itu ini..
tipulah...paling-paling, berangan mesti gah punya...
tak dapat sama yang diberangankan, dapat sipi-sipi, iras2 pun jadila..
buat ikut yang termampu!!

tapi memang ada orang yang boleh buat simple as simple they can..
itu memang harus dipuji..

bagi lieya, nanti bila datang wed kawan-kawan,
biar dalam hati terdetik macam ni,
"haa, nanti aku kahwin nak buat camnilah"
jangan terdetik macam ni
"menyesal pulak dulu tak buat macam ni"
hahahaa..mati la..berangan nak kahwin tak sudah-sudah

no no no...tak boleh berangan sangat ni!!
keadaan tak stabil lagi, so jangan kau mimpi la lieya!!!! :D
bila dah stabil, baru boleh pikir soal kahwin..
dan bila dah mampu untuk hidup bersama lepas kahwin, baru kita boleh kahwin
fokus sekarang adalah untuk mencari kerja *mood gigih*


notakaki: tahniah untuk semua member yang on d way nak kahwin..
             jodoh korang dah sampai :) jelezznyaaa
             tapi tiba-tiba teringat keadaan diri sendiri..huhu
             Jom cari kerja!!!!