Kumbang & Bunga

May 3, 2012

- -pengalaman berharga- -

Salam

wahhh...dah lama tak update..
inilah entry yang pertama dalam bulan MEI..
jangan yang terakhir sudahla...

dalam masa sebulan ni, macam-macam yang lieya lalui..
rintangan sebagai gadis kota mengejar kerjaya...
ceeeewwaahhh...sengal jer kan..hahaha

alkisahnya,
lieya pergi interview adalah 3,4 tempat jugak..

ujian bertulis ada, interview biasa ada, luar biasa pun ada.
Allahamdulillah...syukur padaNYA dapat jugak.
siapa kata cari kerja kene ada kabel...
selalu kita dengarkan, ada kabel senang lah!
taklahh..dengan ada kabel pun, belum tentu interview boleh lepas.



memang kerja sekarang ini, lieya mengaku dibantu oleh kabel dalaman hehehe
nak buat camno..rezeki masing-masingkan..huhuhu....

ada orang berhempas pulas mencari pekerjaan..
ada orang senang saje dapat kerja..
lieya sudah rasa kedua-duanya sekali :D
tapi tak sedapla bila kita kerja guna kabel..
bila orang tanya macam mana dapat, kita takut-takut nak cakap.
terpaksa tipu diri sendiri..terpaksa cover!

kali ni, lieya dapat kerja dengan usaha lieya sendiri..
tanpa guna kuasa dalaman mana-mana... :)

Terima kasih Ya Allah...
im proud of myself..
susah owhh....candidate ramai...
chances  tu sipiiiiii jer :p 

lepas lieya lalui, baru lieya tahu...
memang susah nak cari kerja..
yang penting, kita tahu..
kita sedang diduga supaya sabar..
kene usaha sebab rezeki tak jatuh dari langit..

urmmm ni memang pengalaman yang sangat bermakna..
kalau dulu, ikut ibu dan acu pergi interview sana sini...
turn lieya, adik & incikdriver teman lieya pulak.
pastu..lepas interview, hp tu nyawa..haha
tunggu hp berbunyi..tunggu offer daripada company.
kalau senyap tu, maknanya takdelah! sedihkan..memanggg!!!
nak cari kerja ni...
hati kene kental! direject itu lumrah..hehehe

Apr 17, 2012

- -hala tuju- -

Salam,


minggu ni penuh debaran betul..
setakat ni belum ada jawapan daripada mana-mana lagi..
hurmm..tengah tunggu mana hala tuju...
yang penting SEMANGAT !




sekarang ni bukan masanya untuk lieya rasa gagal n give up..
masih dalam peringkat memperbaiki diri..
gigih mengejar sesuatu.. :)


jom berusaha!! 


notakaki: i got new hair & it's short bebeh 

Apr 9, 2012

- -Kalaula tuk kat kampung layan blog ni- -

Salam

lama Lieya tak jengah sini...busy lor...
sabtu ahad penuh aktiviti menjadi supir & agen pelancong :p
sampai semalam pukul 11.45pm sampai umah...
jam teruukkk di Seremban..ppffftt..

Lieya balik Muar, umah tukmi n tukdi...
hurrmmm, macam biasalah ditanya soal kerja...
lieya dah cakap kontrak dah susah nak sambung..
tiba-tiba terus muka risau jer cucu dia tak dapat kerja...
jangan risau tuk, memang kakak tengah cari kerja la ni :))

tapi dalam pada tu...
sempat cakap orang tu nak tunang la kahwin laa..
siap cakap, cucu wak luu itu la ini la dah nak tunang
sampaikan lieya on call pun, tukmi siap cakap,
"takpayah cakap talipon selalu, simpan duit tu, boleh kahwin" hahahhaaa...
adoii! terbeliak mata ni bila dengar tukmi cakap macam tu..
teringin la tu tengok cucunya kahwin..hahahaa

rileks la tukmi..tukmi jugak yang cakap ada 10k baru pikir nak kahwin kan...
ini jangankan k, rat pun belum tentu ada dalam bank tu..
kikiKI...lagipun, lieya baru jer dapat pegang duit gaji sendiri..
seronok okey ada gaji ni...boleh berlanja sesuka hati..
sampai budget lari..hahahaha

lagi pulak, kerja tetap belum ada..nak pakai duit apa??
nak tunggu orang sponsor, i buka retis yooo
nak harapkan duit incik driver, dia baru jer mula kerja...
duit apalah yang ada sangat dalam bank dia..hahahaa (devil laugh)

kalau kahwin cepat, kita boleh terhindar daripada maksiat.
yes im agreed with it..takda perempuan yang nak kahwin lambat-lambat..
semua nak cepat..lieya pun nak kahwin cepat..
*hoihh gelojoh, ;p*

tapi tengok keadaan la...memang kahwin tu mudah dalam Islam..
tapi tanggungjawab tu penting..
tanggungjawab tu termasukla keadaan seseorang
nasib la perempuan, senang sikit kan..
tapi siapa kata????
zaman sekarang ni, kalau nak harap duit lelaki yoo, memang pokai la!
unless ur patner anak orang kayo asli sejak azali..
so selagi kita ingat Yang Maha Esa, insyaAllah minta dijauhkan :)

cuba mana-mana lelaki tanya girlfriend korang..
takkan takde keinginan korang nak buat wed korang macam itu ini..
tipulah...paling-paling, berangan mesti gah punya...
tak dapat sama yang diberangankan, dapat sipi-sipi, iras2 pun jadila..
buat ikut yang termampu!!

tapi memang ada orang yang boleh buat simple as simple they can..
itu memang harus dipuji..

bagi lieya, nanti bila datang wed kawan-kawan,
biar dalam hati terdetik macam ni,
"haa, nanti aku kahwin nak buat camnilah"
jangan terdetik macam ni
"menyesal pulak dulu tak buat macam ni"
hahahaa..mati la..berangan nak kahwin tak sudah-sudah

no no no...tak boleh berangan sangat ni!!
keadaan tak stabil lagi, so jangan kau mimpi la lieya!!!! :D
bila dah stabil, baru boleh pikir soal kahwin..
dan bila dah mampu untuk hidup bersama lepas kahwin, baru kita boleh kahwin
fokus sekarang adalah untuk mencari kerja *mood gigih*


notakaki: tahniah untuk semua member yang on d way nak kahwin..
             jodoh korang dah sampai :) jelezznyaaa
             tapi tiba-tiba teringat keadaan diri sendiri..huhu
             Jom cari kerja!!!!






Mar 30, 2012

- -bye bye Mr March- -

Salam Jumaat uolls,

Akhirnya, Jumaat yg kutunggu-tunggu tiba!
walaupun this week busy gila, tapi rasa macam lambat sangat nak Sabtu.
Betulla orang cakap, kalau kita tunggu, lambat jer rasa...
cuba kalau tak tunggu, pung pang pung pang, dah Jumaat.

hurrggghhh, minggu ni macam-macam jadi.
selesai sudah meeting-meeting semua semalam...
pastu last Tuesday, tiba-tiba Pengarah suruh wakilkan my Bos present dlm meeting khidmat pengurusan! dah la jiwa kusut minggu ni, rasa nak nangis jer sbb cuak giler kot.
nasib baik, Pkkp taktanya apa-apa.
so, lieya duduk diam-diam je. but next time, kene present jugak.
ingat dah habis belajar, tak payah present apa-apa, sekaliiiiiii......!!!

time kuliah, bukan main takut lagi kan! 
padahal dengan Lecterur sorang dgn kawan-kawan kelas.
sekarang, dengan orang-orang luar, pengarah bahagian itulah inilah,
lagi scary owhhhhh.
pernahla jugak kene tanya dalam meeting
tapi lieya taktahu pastu main jawab je...hehehe

tipsnya, sila la jawab dengan yakin walaupun salah.cover nak pandai maaaaa
kalau dulu lecterur tanya, bolehla diam kalau taktahu.
sekarang, umur dah meningkat yer! sila sedar lieya oiiiii!!

okey nak sambung kerja..nanti lieya jengah belog kengkawan petang sikit :D


notakaki: risau tentang sesuatu..






Mar 27, 2012

- -kek cawan 1jam- -

Salam



Bila mood tidak mencapai tahap keceriaan maksima, 
gambar-gambar jadi penenang...

termasuklah gambar koleksi membaking..
terus teringat time-time baking...seronoknyeeeee!


kek cawan 1jam jer


time ni tengah buat red velvet cupcake..
skali atiena beriya-iya nak bawak RV untuk jamuan kelas.
hamboi dik! takkan nak bagi RV kan...
nak makan sendiri pun terkira-kira tinggal berapa jer

pastu check dalam Tupperware ada apa untuk buat kek lain
sekali ternampak American Chocolate Cake ready made.
terus lieya buat tu, topping dengan chocolate ganache

American Chocolate Cupcake 1jam (";)
done!...sekejap jer buat ni..tak sampai 1jam pun.
tapi guna mixer la yer..kalau natural mixer, lebih la sejam nak siap semua.


close up
topping melimpah-limpah :p

not bad la for those penggemar chocolate tegar!




Mar 26, 2012

- -turun naik & pasang surut- -


Hati tak berapa nak kental sekarang ni.
Kalaulah dia dapat baca apa yang ada dalam fikiran aku sekarang, kan senang!
Bila bersuara itu lebih memudaratkan, lebih baik memendam sendiri.
Kalau dia pun pilih jalan untuk berdiam diri, aku pun.   
Tapi kadang-kadang rasa nak meletop. 

Penatnya bila susah nak kawal pressure ni.
Bila semua masalah datang selonggok, kusut dibuatnya.
Semua tak kene. I need ur help.
Tolonglah paham. Sampai bila nak senag-lenang.
Tak senang nak hidup senang.
Help me too. 

Hidup ni turun naik pasang surut.
Jangan tunggu rezeki datang jika tiada usaha.
Jangan cakap tiada rezeki kalau tiada usaha.

Ya Allah, permudahkanlah semuanya.

Mar 21, 2012

- -wordless Wednesday- -#6

meetball island :D

Mar 20, 2012

- -dapat surat pun excited- -

Salam

hari ni hari kedua leher lieya sakit...
rasanya benguk tapi entahla...
eh jap! benguk ke beguk nih????

belah kanan lagi sakit drpd belah kiri..
and now, bawah dagu pun macam dah sakit..
tapi tetap g kerja uolls..hahaaa...apakan daya...
sayang owh tak pergi...
selagi mulut ni boleh nganga masih boleh makan itu ini, selagi tu lah kene pergi kerja unutk mencari sesuap nasi...wahhh dramatic sungguh :p
unless perut tak mita diisi sebab takda selera & mulut tak dapat nganga, ha time tu boleh duk umah heheheh


urm ini cerita dua minggu lepas...
1st time dapat surat drpr KWSP...jakun gila!
tu yang siap amik gambar tuh..hahaha

kepala benguk, so tak dapat nak telengkan kepala huhuhuu


Lepas tu, tiba-tiba macam, eh dapat surat lagiiiiiiiiiiii???




rupanya daripada ni haaa  




Mr PTPTN

MR PTPTN minta diingati tiap-tiap bulan.
mohon Ujrah, tapi tak dapat-dapat.
bila call, list dalam semakan...pffttttt

surat dapat bulan 2, tapi bulan satu dah start kene bayar!
tak pasal-pasal, bertangguh-tanguh...
kengkawan, jangan lupa bayar eh.. :)

dah sedap guna, sedap-sedapkan lah hati bayar balik (T_T)





Mar 16, 2012

- -kes samun depan mata- -

Salam Jumaat,


dah pukul 4 .15 ni...tengah siap-siap nak balik...yeehoooo...
penatnya hari ni, lieya terkejar sana-sini...
kerja tak banyak sangat, tapi diri sendiri menggelabah!
next week lagi laaaa, lieya kene tukar daripada DE kepada OE...
*(Development / Operation Expenses)
kali ni dah tak main projek bilion-bilion, tapi juta-juta ke bawah sajo..
yg ni lagi banyak kerja daripada DE..huuhuhuu..
bersedia je la cik lieya oi!


semalam, depan rumah lieya ada pemandu teksi kene samun.
korang hati-hati siapa yang ada ahli keluarga ada pemandu teksi..
penjenayah disyaki warga indonesia, 2orang..
driver teksi tu, baru jer lima hari pakai teksi saga baru dia...
kesian gila....lagi dahsyat, ni kali ke-4 dia kene..

penyamun tu asalnya nak pg putra lrt, skali dia kata pg depan sikit umah sedara dia orang kaya atas bukit tu...
time ni mmg driver tu dah agak dia kene tapi takleh buat apa-apa..
penyamun tu letak pisau kat tengkuk driver tu, suruh pindah sebelah pemandu,pastu tanya ada apa sekarang..
dia cakap, duit takde, ada hp jer...
tapi nasib la driver ni teror, dia selit duit kat lipatan lengan baju dia..
so, penyamun tu suh driver tu turun depan umah lieya, dia bawak lari teksi ngan hp..
kecoh la jugak, sebab dia jerit tolong-tolonggg, samun-samun...
lieya dalam bilik pun boleh dengar..

kemungkinan, penyamun tu akan ambil penumpang samun penumpang lain..kesian siapa yang kene...huhuu
iyerlahhh, dia takkan nak jual teksi tu, habis-habis pun dia tinggalkan teksi tu tepi jalan..
takkan dia nak pulang tangan kosong kan...

eeeiii, korang hati-hati la naik teksi malam-malam ni..
kalau tahan teksi tengok ada 2orang dalam tu, takpayahla naik..
untuk pemandu teksi pulak,selitkan la duit kat lengan baju..
nanti penat kumpul kerah tenaga, kene samun pulak..
teksi, rasanya senang dapat balik, sebab teksi ada link baik punya ngan geng2 dia...




penutup entry, muka tuan tanah yang dah takde dagu!





Mar 14, 2012

- -wordless Wednesday- -#5



poyo!!! :p
 

Mar 12, 2012

- -kaw-kaw punya!!- -

Salam


bestnya kerja hari Isnin niiii!!!!!! gggrrrr...
huhuhuu time-time macam ni lah terfikir seronoknya sekolah sebab ada cuti lama-lama...
cuba dah start kerja, tengoklah cuti panjang mana yang korang dapat...
plus, lieya punya gaji ikut hari...alamatnya, if demam pun larat tak larat, i gigihkan diri i jugaklah ke opis..


urm hari tu lieya ada pergi makan burger (eh makan burger pun kecoh)
jangan main-main, ini  Burger Kaw-kawlahhhh...
lepas tengok MHI sebelum g office, terus kat office google tengok address..
rupanya memang dekat jer, kat wangsa maju Syeksyen 2 tu jer...
alah yang dekat dengan nasi lemak BRJ tu...

selama ni dah lalu banyak kali, tak sangka pulak burger kat situ femes & marveles!!
meh tengok JJCM with lieya, hos terbaru anda..hahaa 

picture taken from the best camnera in d world
Sony ericsson G705 :D

Kaw-kaw Burger, Wangsa Maju, Syeksyen 2..
tepi jalan jerrr..

Kaw-kaw Burger bertingkat-tingkat
pilih la nak mana...
  • Happines RM7.50
  • Double RM13
  • Triple RM18.50
  • Tower RM5.50 per patty

Lieya??? haruslah taknak kalah!! *&#*&@%
i beli Happiness + bacon (RM 2) + cheese slice & cheesy sauce (RM2) - sayur
tengok orang tu bakar...tak main la kuali burger yang lebar tu..huhu

 gambar tidak menarik, bak kata orang, rupa paras tak penting lalalala~~~
sudahnya, bila buka, ada 2 slice...total yang lieya bayar RM12.50 utk satu burger ni..puas hati dan perut senang hati..

lebih 30minit tunggu untuk makan burger ni sebab cube tengok ni...
Beratur bukan panjang ni tau!
Panjang ni dan panjang panjangggg lagiii!

 jiwa kene cool bila makan kat sini...bukan cool jer, kene rock n roll sikit sebab pukul 10 pun burger tak siap-siap lagi..so mind kene pikir, owh malam masih muda!!  esok kerja kene bangun pukul 6 jer pun haha :)
muka puas hati dapat makan burger kaw kaw punyaaa
*tipu, itu sesi melepaskan keboringan sementara sampai que :p




advise
 : Bacon tu takpayahla...jumpa patty, bacon tolak tepi owhh
: cheese suace takpayah jugak...
: jangan tamak, sbb lieya makan patty tu satu jer ngan roti sebelah, balance, masuk perut orang lain

Sedap best menjilat cheese di jari..hehehe

Mar 7, 2012

- -wordless Wednesday- -#4

InsyaAllah :)

Mar 2, 2012

- -pizza paling best- -

Salam Jumaat semua,


Malam tadi, Lieya tengah-tengah naik turun tangga dalam 3 round (konon exercise!),  tibe-tibe terdengar Ibu order Domino's
WHATTTT??? %@&$!#^&#!

nasib nafsu terkawal, kerana berjaya menahan perut dengan hanya memakan cheesy onion ring 1 jer..



tapi




akhirnya, pagi tadi breakfast 2 slice pizza dan juga Bihun goreng dgn sambal! nice huh!! 
teh ais wajib urghhh :(


Pizza mana paling best??
ma opinion........

Domino's pizza yang paling best..
tambah-tambah yang latest ni, Double Cheesy Crust..Mantap!
Badan pun mantap! hahaha :p














Pizza Hut ok sikit, tapi kadang-kadang sangat hampeh...pizza cepat sejuk, macam dah lama masak...

Papa John, white sauce rasa macam takde rasa.. sorry Mr John :)

Pendapat korang macam mana?


Pizza mana paling best???
teringin sangat nak makan pizza cab yang wana kuning tu...


pics ihsan google :)

Feb 28, 2012

- -Bieber my kitten- -

Salam.


quick updates, sebab busy sikit la today...
so, sebab busy sikit, kita leh update jap..hahaa
tommorow until early Mac, akan BBM #busy bebenor mama ni ha! hahaha

kat umah tu ada kitten baru amik dari kampung..
nama dia Bieber hahahhaaa...
sebab kucing satu lagi nama Bobo,
pastu jenuh nak cari pets nama start with B,
bukan la jenuh, tapi macam banyak tak berkenan. :p
nama asal Boyot tapi dah ditukar kepada Bieber kerana matanya biru hehehe

cuma sekarang ni not cornfirm yet, gender either male or female.
kalo betina, namanya adalah Betty.
lieya penakut kucing, tapiiii
nama kucing, lieya yang cari hahahaa

owh yer,
hari ni baru tahu kitten takboleh minum susu lembu, lepas baca blog sini
dan kitten juga taktahu nak keluarkan apa-apa dari private part dorang.
patut la sabtu lepas, doc dah bagi ubat cacing pun dia tak keluarkan apa2 dari perutnya..
supposed after telan ubat cacing, normal if dorang be* & kench* tapi until now, ilek

kesian kecik-kecik dah buncit..
tengoklah nanti minggu depan bawak vet untuk vaccine.
nak suruh Doc check perut dia ok ker tak.

later i will updates the picture :D

Feb 26, 2012

- -Bulan Ditutup Awan- -

salam Ahad di pagi hari..


awalkan lieya bangunnnnnn :p
hahahahaa takda maknanya sebab ini hanyalah schedule post...
meh lieya nak share sesuatu benda......
mungkin ramai yang dah tahu, dan ada jugak yang tak tahu kut!

Lagu kat bawah ni, lagu Yuna, indie music ker eik?? best jugak dengar kan...




jangan terkejut...cuba play lagu kat bawah ni pulak...

 

ni lagu asalllll zaman dedulu ok....takdelah best sangat!!
kalau nak dengar sebelum tido pun, tak boleh..
terbantut tido lieya time ibu lieya tunjuk malam tu be4 nak tido..
terus rasa cam rungsing wooohhh...hahhahaaa

btw, Rokiah Wanda ni emak kepada A.Galak...
tak pulak A.Galak nyanyi kan...
kalo dia nyanyi sambil pegang-pegang misai mahal dia tuh..tak dapat nak bayangkan okey!
hehehehehe :p

Isnin nanti lieya blogwalking.. :)
babyeeee

Feb 22, 2012

- -wordless Wednesday- -#3


Feb 21, 2012

- -bukan mengeluh- -

Salam,

eh taktahulah nak mulakan entry macam mana...
nak update, tapi asal type, delete, asal type delete..
nasiblah dulu tak mohon nak jadi journalist kan..
*eehh, tak pernah pun terasa nak jadi tu*

sempat jugaklah hari ni lieya nak update..
semalam nak update n jenguk blog kengkawan, tapi apakan dayo!
busy la lately ni...

bukan busy ape, busy masuk meeting itu ini,
kalo satu jam lebih takper..
ini dekat 4jam...!!
BUKAN mengeluh yer, cuma terkezut.
tak boleh mengeluh..tak boleh tak boleh..
rezeki tuuuuu
busy kerja pun satu hal...lieya update pun syik2 masuk draft jer..
sabar jerlah...


sekarang ni lieya asyik terfikir-fikirkan benda ni jer

pic ihsan incik Google

mula-mula perasaan tu takdelah membuak sangat nak beli..
tapi, sejak masuk meeting berjam-jam ni, 
perasaan nak beli tu bertambah-tambah.
plus, siap dah survey lagi tau :p

setakat ni, yang berkenan, Iphone 3gs
dah la bentuk dia tak bersegi sangat..
body dia cantik, memang sesuai la untuk perempuan..
yang paling penting, harga yang disurvey, RM1100++ jer..!
jerrrr??? hehehe, harga tu setakat ni okey la jugak, tapi still kene membanting tulang 14kerat dulu baru boleh nak pakai, sekarang ni pakat-pakat cakap pakai airliur jer

dan jadual lieya pun dah nak padat sampai hujuung bulan 3..
paling best, nanti ada meeting yang nak kene pergi Putrajaya..
excited ni...tak sabar..hehehehe
nak masuk building MOF (Kementerian Kewangan) yang cantik tu.. :D


ok lah, tak boleh lama-lama...
kang entry ni masuk draft lagi..
babyee

Feb 15, 2012

- -wordless Wednesday- - #2




Notakaki: It's true??
baby, i need u..don't get me wrong..

Feb 13, 2012

- -tajuk entry lupa nak letak!- -

Salam


For the 1st time lieya kerja hari isnin...
dua minggu lepas, dua2 minggu hari isnin cuti, so minggu ni la ma 1st Monday 

ingatkan bangun pagi rasa malas, tak best, n etc
dah sebab selalu im always hate Monday since at school lagi kan
tapi takdeler pulak..


mungkin kah diri ni excited?? !! 

no laaaa




rasanya sebbbaaaabbbbbbb.......


















lieya dah start baring pukul 10 
dan 
pukul 11 dah tido! 
hahaa!




Notakaki: Tangan gatal terClick new blogger edition 

jenuh la nak memakai ni
tapi macam best jugak
tapi best lagi yang lama rasanya!
eh entahlah eik

p/s orang lain dah sibuk pakai yang latest edition, lieya baru nak tahu..gila ketinggalan zaman IT!


p/s/s edit balik sebab baru terperasan lupa letak title! new version punya pasal kan duhh!

Feb 10, 2012

- -Italian Rainbow Cake- -

Salam

sekarang lieya ada di office..
sambil-sambil ada masa terluang ni, meh kita update blog jap :p
best jugak kerja kat sini..
cuma bila baru-baru ni, agak tercengang dan blur...
banyak sangat shortform yg digunakan,
lagi pulak kene tahu projek2 agensi di bawah MITI..
mula-mula ni memang rasa susah...takpe, lieya cuba...

yang paling best,
lieya sebagai pekerja kontrak yang paling muda kat unit kewangan ni.. :p

 _______________________________________________________________

ini nak tunjuk ni...

1st time dalam hidup lieya, 
lieya tempah kek utk celebrate birthday IncikDriver!

so, picture was taken on 11 January 2012

plan tak berapa menjadi sebab hujan

so, lieya decide, nak jugak pergi 
Taman Metropolitan layang-layang

akibatnya, celebrate kat bawah tangga atas simen jer

tapi nice view..tepi tasik. :D

Italian raibow cake 
buttercream topping and layered with crream cheese 

lieya tempah dengan Ambition bakers
taste so nyummy, but too sweet..
poor for diet's person


next time order, need 2 ask less sugar please..hehehe


lovely colours.. cake ni memang tinggi, sampai kotak pun tak muat

Zoomin


Hopefully, he can remember this moment

Happy 23rd birthday 

with love

Feb 8, 2012

- -Wordless Wednesday- - #1

1st entry entitled as Wordless Wednesday  
#1 3V0L

Feb 2, 2012

- -new episode in my life- -

Salam

Alhamdulillah, syukur sgt-sgt sebab hari ni lieya berjaya melaporkan diri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai pekerja kontrak..heheee :D  Bila dapat tahu lieya dapat kerja ni, memang elok jer dengan tarikh Aiman (pray 4 him) nak operate tangan dia. Harap lieya dapat bantu sikit-sikit apa yang lieya mampu untuk family. Semuanya ada hikmah disebaliknya. Tuhan dah susun cantik utk kita.

soooooooooooo.........
im a new worker
hopes everything run smoothly..Gud Luck Alieyaorange.

notakaki: tengah berfikir-fikir utk mencari kerja parttime..apa lah yang sesuai eik..

Jan 10, 2012

- -two o twelve- -

Salam


alhamdulillah....masih ingat password blog usang lieya ni...
banyak yang nak dikongsikan bersama...
till back soon


terpegun dengar lagu ni Yuna - Terukir di bintang