Kumbang & Bunga

May 19, 2011

- -anak tekak demand- -

Salam

exam tamat, tapi perjuangan masih belum selesai...

itulah yg lieya rasakan sekarang ni..result dapat bila eik..tak sanggup tunggu lama-lama...
semput nafas den...sem akhir ni, ada 3paper killer macam orang gila..
lieya pulak, mood nak study tu lambat nau muncul...sem akhir ni lah paling malas lieya rasa..
mmg padan dengan muka kau sendiri lieya!!! dush dush DUSH...

takmau repeat..minta-minta semua lepas...
Ya Allah, permudahkan lah urusan ku ini..amin...

inilah rupaku bila pakai shawl..
rupa bulat, mmg tak sesuai pakai shawl without anak tudung tu.. :)


dan ini pulak senarai makanan yang telah di listed by me
(anak tekak ni mmg dah diajar begini dari sem 1 lagi)

  • tako tao octopus
  • soul garden atau steam boat buffet kat danau platinum (either 1)
  • McDonald of corse
  • char keuy teow Mali's Corner
  • meetball ikea
  • Macaroon cikmin
  • roti canai n meehun soto restoran nur
  • capati kat hamid gombak
  • sizzling yee mee JJ wangsa maju
  • lasagna masak sendiri
  • keow teow kungfu masak sendiri
  • setakat ini dulu dalam senarai..sikit jer kan kan KAN?? :p


dan ini pulak senarai kek yang lieya nak buat 
(depends on budget jugak)

  • Boston cream pie cupcake
  • sneakers oreo cheese cake
  • kek belacan (tak letak belacan pun)
  • kek emak (resipi tukmi) 
  • red velvet 
heheee...makan saje kan...bak kata ibu, patut balik senaraikan apa yg patut dibuat kat umah tu...
bab2 kemas mengemas, fuhh, belum kemas tapi dah penat memikirkannya...
bukan apa, nak usung semua barang2 3tahun balik umah, tensi2...
kat mana nak letak barang banyak2 ni....

k laa...nak terjah belog kengkawan yg lain...babye

May 14, 2011

- -pendapat & pandangan- -

Salam


situasi 1 - korang untung, dapat pulangan yg tinggi, sbb kebaikkan semua kat korang,  tapi orang lain, terkial2 tersemput2 nak tahan tekak nak hidup..(ada korang compare mana mahal mana murah??? )


situasi 2 - dua2 sama..mmg korang rugi sikit sbb yg lain dapat kelebihan sikit..tapi cuba kira pulangan bersama?? kalo korang jenis berkira, kira betul2 utk semua, bukan utk korang jer.. 


ini mmg dasar kes mengungkit, tapi korang yg menjungkit2.. 


jangan la pentingkan diri sendiri....tengok keadaan orang lain sama...
mana talian hubungan atas nama kawan, kalau ada persaan pentingkan diri sendiri..mungkin korang terperasan agaknya..
kalau korang nak compare2, korang compare semuanya..jangan tengok sebelah pihak jer


ni orang luar pun boleh nampak, siapa yg bersungguh-sungguh berusaha, mereka dah habis fikir dah...dah cube yg terdaya...faham tak terdaya??? dah habis fikir dah situasi semua orang...semua nak yang terbaik untuk semua


harap mengerti..bincanglah baik-baik..


minta maaf, memang tak tahan..terpaksa diluahkan.
sayang la kawan-kawan korang tu k...jangan ada sifat tak puas hati dibelakang.
kita dah besar, bincanglah cara baik...bincang dan terang apa pendapat korang, dan apa yg korang nak...please berbincang n please consider..


esok ada exam SM,sekian.



May 8, 2011

- -tragedi di dewan exam- -

Salam


hari ini dalam sejarah, lieya menangis dalam dewan exam...
yerrr, menyesal sangat......
tapi, apakan daya, cakap lah apa pun, menyesal macam mana pun,
semua tu dah tak berguna lagi :(

masa tidak boleh diundur...
doraemon hanyalah kartun yang tidak akan wujud dgn nyata.
paper Seminar in Finance tadi, betul-betul buat lieya down..

takdalah menangis teresak-esak, cuma air mata meleleh mcm dlm gambar ihsan dari mr.google


2 more paper to survive...suppose i should happy right now because for the first time i had a long gap..
but, my mood was totally banggggggg..so down...i need time to bear this feeling..
hate myself...

ibu ayah, forgive me...
insyaAllah, lagi dua paper, kakak akan buat sedaya yg mampu..
pray for me...

alieyaorange

May 3, 2011

- -VCO catalyst & COD area Gombak- -

Salam (sticky mode entry, please scroll down to the new entry)


Rasa nya semua blogger dah tahu tentang VCO ni kan....cuma orang-orang yang tak berapa nak involve dalam dunia blogging saje agak kurang kenal dengan VCO ni..

okey, lieya tak teror bab-bab marketing ni...tapi lieya cuma nak bagi tahu, lieya dah jadi agent untuk VCO ni weeee~~~
ni nak buat promosi sikit, memandangkan stok sudah ada di rumah..

sedikit info tentang VCO

marilah sama-sama cantik dan sihat :)
benda elok, kita kongsi ramai-ramai


VCO Capsule
RM39.90
VCO Liquid
RM39.90

KHASIAT VCO

Mengurangkan kadar kolestrol
-ia sendiri tidak mengandungi kolestrol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi
minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi.

Mengawal kencing manis
-pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
-anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
-mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.

Tubuh lebih tahan serangan penyakit
-kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protoza.

Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
-ia mempercepatkan pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
-sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan manusia.

Terhindar dari gejala alahan
-minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

Mengelakkan risiko sakit kanser
-minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisna pathogen. Dengan itu, sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisna pathogen.

Keadaan berdengkur akan hilang
-kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.


VCO sangat disyorkan untuk mereka yang mengalami:
  • masalah kulit muka : kering, berjerawat, parut, merekah, ruam dan kusam
  • selera makan terlalu tinggi atau terlalu rendah
  • kadar kolestrol yang tinggi
  • masalah kencing manis
  • cepat letih dan tiada tenaga 


nak tahu lebih lanjut pasal VCO, korang boleh tengok link-link yg lieya sediakan kat bawah ni:

Untuk siapa-siapa yg berminat, boleh email kat lieya
alieya_orange@yahoo.com
013-3396461

COD diterima 
- di mana-mana area Gombak
- Sri Gombak & Angkasa Koperasi, Petaling Jaya (untuk hari-hari tertentu shj)

bagi postage
1 kotak postage RM 3 shj..
2-3 kotak postage RM 5 shj.. 



________________________________________________________________________

perubahan lieya & zeila lepas makan VCO lepas 2bulan

sekarang ni, zeila dah tambah selera makan, makan semua memanjang habis...dia takmau kurus sangat-sangat & lieya mestilah selera makan berkurang..makan ni, perut boleh jadi kenyang...(tak tipu)..kulit muka pun tak kering macam dulu lagi...

and yes, bagi sesiapa yang diet, lieya mmg syorkan amik vco, sbb dia tahan lapar dan bagi tenaga...
lieya juga tengah buat diet sambilan..hehehee..maklumlah tengah study..nak diet susah sikit...keadaan tak menentu..

tapi, okey kot, sebab berat turun la jugak...tak banyak mana pun...2kg lepas 1bulan lebih kurangkan makan dan amik vco..bagus jugak tak turun mendadak, sebab tak elok untuk badan...so, bg siapa-siapa yang diet, korang disyorkan amik supplement & lieya pilih VCO...

hahahaa, lieya still gemuk, tapi tengok baju pink dah longgar...woot2..
clap3.. peace YO (^_^)

May 1, 2011

- -GirlFriends momento- -

Salam

rasanya lieya takkan update belog lagi dah....hehee...tapi sampai habis exam je la....lagi seminggu nak exam....tapi, masih sempat balik rumah...well, lieya nak salam peluk cium ibu dulu...need her spirit...lagipun, rindu semua orang disana..:p

checkidout my exam date...

7 Mei 8.30 pm - BM Translation
8 Mei 9.00 am - Seminar Finance
14 Mei 2.30 pm - Strategic Management
18 Mei 9.00 am - Financial Risk Management

scary la..although only 4 papers, but they are the killers paper ever i had except BM Translation.
wish all the best and GOOD LUCK to all my friends 



actually, tak sampai 20 hari lagi life lieya di UUM :(

kat bawah ni, kawan-kawan lieya yang banyak bantu lieya selama ni..love them

untuk geng bintang jejari, 
thank you for being my friends since aku masuk di bumi sintok.
korang, aku takkan lupakan korang..jangan lupakan aku yer...
hari-hari jumpa korang, konflik yang pernah kita ada, makan sama, kepochi bersama, bercuti bersama.
dengan korang la pertama kali aku pergi bercuti dengan kawan-kawan..
sweet moments yayunks..love all of u T-T

untuk geng satu lagi
saya mula rapat ngan kamu semua sem ini..korang memang happening, kelakarr 
zeila, my corsemate and my girlfriend, i love youuuu :D
dengan kamu la, sy hidup kat UUM ni berteman 
kita pergi kelas sama-sam hari-hari, jalan slow motion, teh ais lego, buat assignment, tido satu katil, pergi exam sama2, tapi kita belum sempat cuti bersama :( 


 kalau nak cerita semua benda yang kita dah buat bersama, tak habis la jawapnya.
susur galur kehidupan almost 3 years 


orang-orang yang ada dalam gambar kat atas ni, kahwin wajip jemput..
if aku takde, korang takleh buat kenduri :))

kin- room8, jgn garang sgt & jgn salah pilih lelaki, jgn tibe2 menjerit, nnt orang kene heart attack :p
bella- jgn terlampau sensitif k, ko kene kuat lawan emosi, jgn tension sgt bila dah kerja nnt sakit
ejah- jgn gedik-gedik over yerk:p jgn hati kering sgt, ko kene belajar gak camne nak bercinta
ika- jgn terlampau percaya org, jaga diri.. im worried about u, dunia di luar, we cant expect anything

zeila- jgn silap langkah..mula fikir tentang masa depan wpun kita tak tahu, tapi kita kene rancang. suara kuat sikit, bagi gemuk sikit lagi..
 jijah- jgn tarik muka lagi, ko tak garang punnn teruskan kestabilan emosi hehee
aizun- jgn ckp kuat-kuat sgt tau.. jgn selalu dgr music kuat2, nnt telinga boleh rosak :)
mas- jgn apa eik?? jgn minum air gas selalu..(^_^)

korang, aku doakan semoga semua bahagia
yang mana badan comel lote, kurus tak penting, tapi jaga kesihatan yer kengkawan
yg dah kurus, maintain k
yang kurus sgt, naikkan berat sikit if boleh, mesti body cun gileeee 

lastly,
 maafkan aku semua salah silap yang aku pernah buat kat korang
terkasar bahasa, terlepas cakap, mengata, bergosip, terasa hati, semualah,
susun 10jari minta maaf kat semua
halalkan makan minum, hutang sila tuntut kat saya okeyh

khas untuk kengkawan
ikhlas dari,
lieya, hantu TEH AIS


aku rasa, aku yg pergi dulu tinggalkan kolej Petronas