Kumbang & Bunga

Mar 31, 2009

- - -10benda perempuan tak suka???- - -


KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.


...Panas baran...


Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

...ulasan orange:bg aku, tak semua lelaki panas baran...
...ader jer perempuan panasbaran...
...so, kalo lelaki mcm ni, jgn la kaco dorang time tgh hot...
...biar dia cool dulu...hehehe



...Mengongkong...

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

...ulasan orange:jgn tak tau yer, ader setengah perempuan suka dikongkong...
...sbb ia menunjukkan lelaki 2 caring pasal diri dia...
...tp jgn laaa kongkong melebihi batas, mcm tu aku pn tak suke...


...Ego...


Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

...ulasan orange:haaaaa, yg ni mmg betul...
...lelaki, ckp jer dia bukan jenis ego, eleeehhh, ckp ajerrr...
...padahal dorg ni mmg ego jer bg aku...
...kadang2 ego dorg susah nak bedung(aper nie??)...
...ntahlaaaa, aku kalo bucuk ego dia dah kuar, aku payah sikit laaa...
...urmmm, phm2 laaa sendiri mcm maner...


...Suka 'cuci mata'...

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

...ulasan orange:alaaaa, perempuan pn suka cuci mata...
...lelaki jgn risau...
...setakat cuci mata, aku rasa, gurlz jgn la nak merajuk lebih2...
...merajuk manja2 sudah laaa, huhuhu...



...Main kayu tiga...


Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

...ulasan orange:yang ni memang perempuan akan bengang tahap melampau...
...kalo kene mcm ni, xda nak merajuk2 dah...
...boleh bengkak mata mcm kene pukulan bola golf...
...silap2 yg xdpt nak thn, boleh break terus...
...tp, bg yg rasa still leh go on, boleh la bg dia peluang...
...tgk laaa, rasa2 lelaki tu still terbaik utk kita or tak...


...Tidak sensitif perasaan wanita...

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

...ulasan orange:yang ni aku sokong 100%...
...utk bucuk, sila la baca n pahamkn...
...yg ni mmg org nak bucuk baca...


...Pentingkan kawan-kawan...

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

...ulasan orange:sebenarnyer, kalo dpt lelaki mcm ni, mmg baik...
...yerlahhh, kita sepatutnyer lebih mementingkan kawan dr bf or gf kan...
...tp kadang2 lelaki ni, suka lebih kn kawan sampai gf dia rasa mcm terabai jer(waaahhh, sampai terabai)...
...alaaaa, gurlz kan suka nak perhatian, abis kalo dia dah 24jam asyik ngan member jer, tahap kesabaran sampai dah hilang, xker melampau tu...
...betul tak??????...


...Tidak tahu menghargai...


Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

...ulasan orange:bagi aku, tak semua lelaki tak tau menghargai...
...kadang2 dorang xtau nak tunjukkan perasaan tue...
...dorang ni lebih suka senyap2 daripada heboh2...
...ehhh, mcm aku pulak lelaki...
...ntah laaa lelaki...


...Meninggikan suara...

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

...ulasan orange:ada laa sebab dia nak tinggikan suara...
...yerlahhh, mesti tgh marah or ada something happen...
...xkan tetiber dorg nak tinggikan suara xtentu pasal...


...Penipu...


Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

...ulasan orange:aku tak suka lelaki penipu...
...aku rasa bukan aku sajer, semua perempuan...
...lelaki jgn la menipu...
...korang patut tau hati perempuan ni sensitif terlebih...
...cuber tgk seorang ibu(perempuan), dorang ada perasaan dalaman kalo anak dorg tipu2 ni...
...contohlaaa, aku bukannyer ibu pn...



...nota kaki:ni sumber daripada kosmo yg aku copy dr blog atan...
...dan aku paste kan disini...
...dah banyak dah aku melalut...
...bukan perasaan perempuan jer yg susah utk difahami...
...perasaan lelaki pn susah utk di fahami...
...heehehehehe...
...utk bucuk, sila fhm kan semua n ingat semua ni tau, =) ...
...xtau laaa nak merepek apa lg...





...

4 comments:

Wan_hazel said...

betul ke info nie,,,hehehe...tp kan lelaki pn tak suke law gurl camtu..huhuhuu...

panggil aku shEh said...

haha.. mmg btol pun nk2 yg jenis penipu..hahahha

Anonymous said...

bab tggikan sore,lelaki mmg cmtu kut,
memula bercinta mmg tak la,tp lama2 mesti ya..

lieya orange M.I. said...

...wan-mmg la lelaki xsuka, tp kebanyakan mcm lelaki yg bnyk point nyer, lg 1, kita semua nak yg terbaik, tul x??? =D...

..sheh-aar, penipu durjana mmg kejam...


...nemo-welcome nemo..=)
lelaki kadang2 kn dorang ada kuasa lebih sikit dr gurl, hal2 mcm 2 la dorg lebih, hehe...