Kumbang & Bunga

May 3, 2012

- -pengalaman berharga- -

Salam

wahhh...dah lama tak update..
inilah entry yang pertama dalam bulan MEI..
jangan yang terakhir sudahla...

dalam masa sebulan ni, macam-macam yang lieya lalui..
rintangan sebagai gadis kota mengejar kerjaya...
ceeeewwaahhh...sengal jer kan..hahaha

alkisahnya,
lieya pergi interview adalah 3,4 tempat jugak..

ujian bertulis ada, interview biasa ada, luar biasa pun ada.
Allahamdulillah...syukur padaNYA dapat jugak.
siapa kata cari kerja kene ada kabel...
selalu kita dengarkan, ada kabel senang lah!
taklahh..dengan ada kabel pun, belum tentu interview boleh lepas.



memang kerja sekarang ini, lieya mengaku dibantu oleh kabel dalaman hehehe
nak buat camno..rezeki masing-masingkan..huhuhu....

ada orang berhempas pulas mencari pekerjaan..
ada orang senang saje dapat kerja..
lieya sudah rasa kedua-duanya sekali :D
tapi tak sedapla bila kita kerja guna kabel..
bila orang tanya macam mana dapat, kita takut-takut nak cakap.
terpaksa tipu diri sendiri..terpaksa cover!

kali ni, lieya dapat kerja dengan usaha lieya sendiri..
tanpa guna kuasa dalaman mana-mana... :)

Terima kasih Ya Allah...
im proud of myself..
susah owhh....candidate ramai...
chances  tu sipiiiiii jer :p 

lepas lieya lalui, baru lieya tahu...
memang susah nak cari kerja..
yang penting, kita tahu..
kita sedang diduga supaya sabar..
kene usaha sebab rezeki tak jatuh dari langit..

urmmm ni memang pengalaman yang sangat bermakna..
kalau dulu, ikut ibu dan acu pergi interview sana sini...
turn lieya, adik & incikdriver teman lieya pulak.
pastu..lepas interview, hp tu nyawa..haha
tunggu hp berbunyi..tunggu offer daripada company.
kalau senyap tu, maknanya takdelah! sedihkan..memanggg!!!
nak cari kerja ni...
hati kene kental! direject itu lumrah..hehehe

Apr 17, 2012

- -hala tuju- -

Salam,


minggu ni penuh debaran betul..
setakat ni belum ada jawapan daripada mana-mana lagi..
hurmm..tengah tunggu mana hala tuju...
yang penting SEMANGAT !




sekarang ni bukan masanya untuk lieya rasa gagal n give up..
masih dalam peringkat memperbaiki diri..
gigih mengejar sesuatu.. :)


jom berusaha!! 


notakaki: i got new hair & it's short bebeh 

Apr 9, 2012

- -Kalaula tuk kat kampung layan blog ni- -

Salam

lama Lieya tak jengah sini...busy lor...
sabtu ahad penuh aktiviti menjadi supir & agen pelancong :p
sampai semalam pukul 11.45pm sampai umah...
jam teruukkk di Seremban..ppffftt..

Lieya balik Muar, umah tukmi n tukdi...
hurrmmm, macam biasalah ditanya soal kerja...
lieya dah cakap kontrak dah susah nak sambung..
tiba-tiba terus muka risau jer cucu dia tak dapat kerja...
jangan risau tuk, memang kakak tengah cari kerja la ni :))

tapi dalam pada tu...
sempat cakap orang tu nak tunang la kahwin laa..
siap cakap, cucu wak luu itu la ini la dah nak tunang
sampaikan lieya on call pun, tukmi siap cakap,
"takpayah cakap talipon selalu, simpan duit tu, boleh kahwin" hahahhaaa...
adoii! terbeliak mata ni bila dengar tukmi cakap macam tu..
teringin la tu tengok cucunya kahwin..hahahaa

rileks la tukmi..tukmi jugak yang cakap ada 10k baru pikir nak kahwin kan...
ini jangankan k, rat pun belum tentu ada dalam bank tu..
kikiKI...lagipun, lieya baru jer dapat pegang duit gaji sendiri..
seronok okey ada gaji ni...boleh berlanja sesuka hati..
sampai budget lari..hahahaha

lagi pulak, kerja tetap belum ada..nak pakai duit apa??
nak tunggu orang sponsor, i buka retis yooo
nak harapkan duit incik driver, dia baru jer mula kerja...
duit apalah yang ada sangat dalam bank dia..hahahaa (devil laugh)

kalau kahwin cepat, kita boleh terhindar daripada maksiat.
yes im agreed with it..takda perempuan yang nak kahwin lambat-lambat..
semua nak cepat..lieya pun nak kahwin cepat..
*hoihh gelojoh, ;p*

tapi tengok keadaan la...memang kahwin tu mudah dalam Islam..
tapi tanggungjawab tu penting..
tanggungjawab tu termasukla keadaan seseorang
nasib la perempuan, senang sikit kan..
tapi siapa kata????
zaman sekarang ni, kalau nak harap duit lelaki yoo, memang pokai la!
unless ur patner anak orang kayo asli sejak azali..
so selagi kita ingat Yang Maha Esa, insyaAllah minta dijauhkan :)

cuba mana-mana lelaki tanya girlfriend korang..
takkan takde keinginan korang nak buat wed korang macam itu ini..
tipulah...paling-paling, berangan mesti gah punya...
tak dapat sama yang diberangankan, dapat sipi-sipi, iras2 pun jadila..
buat ikut yang termampu!!

tapi memang ada orang yang boleh buat simple as simple they can..
itu memang harus dipuji..

bagi lieya, nanti bila datang wed kawan-kawan,
biar dalam hati terdetik macam ni,
"haa, nanti aku kahwin nak buat camnilah"
jangan terdetik macam ni
"menyesal pulak dulu tak buat macam ni"
hahahaa..mati la..berangan nak kahwin tak sudah-sudah

no no no...tak boleh berangan sangat ni!!
keadaan tak stabil lagi, so jangan kau mimpi la lieya!!!! :D
bila dah stabil, baru boleh pikir soal kahwin..
dan bila dah mampu untuk hidup bersama lepas kahwin, baru kita boleh kahwin
fokus sekarang adalah untuk mencari kerja *mood gigih*


notakaki: tahniah untuk semua member yang on d way nak kahwin..
             jodoh korang dah sampai :) jelezznyaaa
             tapi tiba-tiba teringat keadaan diri sendiri..huhu
             Jom cari kerja!!!!






Mar 30, 2012

- -bye bye Mr March- -

Salam Jumaat uolls,

Akhirnya, Jumaat yg kutunggu-tunggu tiba!
walaupun this week busy gila, tapi rasa macam lambat sangat nak Sabtu.
Betulla orang cakap, kalau kita tunggu, lambat jer rasa...
cuba kalau tak tunggu, pung pang pung pang, dah Jumaat.

hurrggghhh, minggu ni macam-macam jadi.
selesai sudah meeting-meeting semua semalam...
pastu last Tuesday, tiba-tiba Pengarah suruh wakilkan my Bos present dlm meeting khidmat pengurusan! dah la jiwa kusut minggu ni, rasa nak nangis jer sbb cuak giler kot.
nasib baik, Pkkp taktanya apa-apa.
so, lieya duduk diam-diam je. but next time, kene present jugak.
ingat dah habis belajar, tak payah present apa-apa, sekaliiiiiii......!!!

time kuliah, bukan main takut lagi kan! 
padahal dengan Lecterur sorang dgn kawan-kawan kelas.
sekarang, dengan orang-orang luar, pengarah bahagian itulah inilah,
lagi scary owhhhhh.
pernahla jugak kene tanya dalam meeting
tapi lieya taktahu pastu main jawab je...hehehe

tipsnya, sila la jawab dengan yakin walaupun salah.cover nak pandai maaaaa
kalau dulu lecterur tanya, bolehla diam kalau taktahu.
sekarang, umur dah meningkat yer! sila sedar lieya oiiiii!!

okey nak sambung kerja..nanti lieya jengah belog kengkawan petang sikit :D


notakaki: risau tentang sesuatu..






Mar 27, 2012

- -kek cawan 1jam- -

Salam



Bila mood tidak mencapai tahap keceriaan maksima, 
gambar-gambar jadi penenang...

termasuklah gambar koleksi membaking..
terus teringat time-time baking...seronoknyeeeee!


kek cawan 1jam jer


time ni tengah buat red velvet cupcake..
skali atiena beriya-iya nak bawak RV untuk jamuan kelas.
hamboi dik! takkan nak bagi RV kan...
nak makan sendiri pun terkira-kira tinggal berapa jer

pastu check dalam Tupperware ada apa untuk buat kek lain
sekali ternampak American Chocolate Cake ready made.
terus lieya buat tu, topping dengan chocolate ganache

American Chocolate Cupcake 1jam (";)
done!...sekejap jer buat ni..tak sampai 1jam pun.
tapi guna mixer la yer..kalau natural mixer, lebih la sejam nak siap semua.


close up
topping melimpah-limpah :p

not bad la for those penggemar chocolate tegar!